Monday, April 18, 2011

Alhamdulillah

Bismillahi Rahmanir Rahim

Alhamdulillahirabbiallamin

Syukur ke hadirat Allah SAW kerana dengan limpah kurniaNya saya bisa untuk blogging. Entri pertama tak banyak nak di perkatakan. Cuma saya ingin meminta maaf kepada saudara-saudari sekalian mungkin bahasa yang saya gunakan agak bercampur. Insya'Allah saya akan menggunakan bahasa yang kita sama2 dapat fahami... ;p

Bahasa kadang perlu ikut kesesuaian mood, situasi atau mungkin terma yang jarang kita dengar. Hehe...

Saya lebih senang untuk berbicara tentang kehidupan saya sebagai seorang individu yang revert muslim. Kalau bukan untuk tatapan kalian mungkin bagi bakal anak anak saya pada masa akan datang ;D. Mungkin juga untuk bakal permaisuri hidup saya Insya'Allah...

Terima kasih yang tak terhingga pada Allah SAW kerana telah mengurniakan hidayah yang semestinya pemberian yang tak ternilai oleh apa pun dalam kehidupan. Untuk menjaga dan memelihara pemberian ini sudah semestinya memerlukan pengorbanan yang amat besar..... Saya akui kadang2 saya tidak terdaya untuk melaluinya. Berbekalkan keyakinan yang ada saya cuba untuk bangkit setiap kali jatuh, bertenaga setiap kali lemah, gembira setiap kali sedih.
Published with Blogger-droid v1.6.8

1 comment:

  1. Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
    Can I contact your through your email?

    Please email me back.

    Thanks!
    Kevin
    kevincollins1012 gmail.com

    ReplyDelete